Tuesday, July 21, 2009

Ponteng Sekolah

Jika 40 tahun dulu, pelajar tidak hadir ke sekolah kerana kemiskinan, tak ada duit tambang bas, tak ada kasut, sekolah jauh dan bermacam sebab yang semuanya berkaitan dengan kemiskinan dan kemunduran. Kini masalah ponteng masih wujud (sekurang-kurangnya di tempat saya bertugas). Rumah dekat, emak bapak senang, motosikal ada, bas ada, macam-macam bantuan ada, tapi masih juga ramai pelajar yang ponteng. Ada seorang ibu menelefon guru, minta datang ke rumah kerana anaknya tak nak pergi sekolah. Kalau cakap ibu pun dah tak nak dengar, cakap sapa lagi. Kalau dulu ponteng sekolah duduk bawah jambatan, dalam belukar, supermarket tapi kini ponteng sekolah senang-senang tengok tv di rumah, berlengkar atas katil, emak bapak makan hati, takut nak tegur, takut anak melawan, takut anak lari.

No comments:

Post a Comment