Semalam saya masuk ke kelas T6 Atas. Kebetulan seorang pelajar sedang membuat persembahan sejarah, tentang kebangkitan nasionalism di Myanmar. Saya cuba memahami apa yang tercatat pada kertas mahjong yang dipaparkan. Hanya beberapa perkataan yang jelas maksudnya, yang lain-lain (kira-kira 95%) semua dieja dengan ejaan yang asing, ejaan SMS!. Saya cuma berharap kebiasaan ini tidak terbawa-bawa ke dalam peperiksaan STPM nanti. Kalau mereka menulis esei dengan ejaan sebegini, mahu dapat sifar markah. Dalam pembentangan juga ada menyebut nama Aung San. Saya tanya seorang pelajar, adakah Aung San ini ada kaitan kekeluargaan dengan Aung San Suu Kyi, penerima anugerah Keamanan Nobel, pejuang pro-demokrasi dan ketua pembangkang Myanmar sekarang. Oleh kerana mereka tak pasti, saya minta mereka cari maklumat tersebut dan saya janji akan tanya balik esok. (Di bawah, maklumat yang diperolehi di Wikipedia)
Aung San
(13 February 1915 – 19 July 1947) was a
Burmese revolutionary,
nationalist, and founder of the
modern Burmese army, the
Tatmadaw.
He was instrumental in bringing about Burma's independence from
British colonial rule, but was
assassinated six months before its final achievement. He is recognized as the leading architect of independence, and the founder of the
Union of Burma. Affectionately known as "Bogyoke" (General), Aung San is still widely admired by the Burmese people, and his

name is still invoked in Burmese politics to this day.
Aung San was the father of
Nobel Peace laureate and opposition leader
Aung San Suu Kyi, who has been under house arrest for the past 19 years.